Sunday, April 10, 2011

It's really really really a REAL lovestory :)

Ada mana mana perempuan reject LOVESTORY tak? Agak pelik sikit la kalau ada yang banned lovestory. (Kalau banned sebab baru putus cinta sampai tertonggeng tonggeng tu aku tak kira eh…) Even aku yang hati kering dan kurang hormon wanita secara dalaman (Izhanizam kata…) ni pun suka :) Aku susah sikit nak buat pembaziran air mata ni. Air mata terharu dan sedih ni kadang kadang je keluar. Itu pun kalau macam event event besar je. Setakat kena maki hamun, mak halau balik Perlis sebab dah tak sanggup dah nak jaga aku, tengok drama raya, baca notes kat FB yang kata cerita cinta dorang ni amat sedih (padahal takde lah sedih sangat aku baca) dan plus plus lagi.

Jadi, aku nak membuka pekung di dada (macam buruk benar je bunyi). Aku sememangnya TAKKAN suka dan terharu dan menitiskan air mata jika cerita cinta itu melibatkan makwe dan pakwe yang bercinta dan ending dia sampai part dorang kahwin dan “Happily Eva Afta” blah blah blah. Tu semua mengarut! Bullshit! Haha. Aku bukan emo. Cuma aku rasa cerita cinta tak patut ended up just like that (bagai memetik jari sambil bersiul siul kecil). Orang kahwin pun boleh bercerai berai beb. So, takdelah tak suka gila sampai menyampah menyumpah hapemende kan. Hehehe. Kesimpulannya, aku suka movie THE NOTEBOOK tu. Ha! Jangan fikir bukan bukan aku suka part yang mana eh. Sebab ending dia mati bersama sama. Ngee. Romeo and Juliet pun mati sama sama. Laila dan Majnun mati sama sama. Sape lagi ah?

Tapi…..tu semua tak real. Nah aku bagi korang baca yang ini! Ini baru real beb. Maybe korang cakap aku nie mengarut. Tapi aku lebih percaya cerita yang real macam ni. Ya lah, memang tak sama macam kat dalam movie tu, takde effect tambahan, takde menari nari dalam hujan, bercinta bawah lampu minyak tanah dan kejadah yang lain. Selamat membaca!



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua.Pasangan ini telah tinggal di dalam gua ini selama 50 tahun. Liu Guojiang, yang kettika itu berusia 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin …


Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka keranaa perbezaan usia di antara mereka dan Xu juaga sudah mempunyai beberapa orang anak….Pada ketika itu keadaan ini tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari celaan dan cacian masyarakat sekeliling, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.

Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak mempunyai apa-apa, tidak ada bekalan elektrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka

Xu selalu merasa bahawa ia telah membuat nasib Li malang kerana mencintainya dan dia berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu selalu menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usiat itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun ibunya jarang turun daripada gunung itu

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?”Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

INI BARU RARE :)

No comments:

Post a Comment