Tuesday, January 11, 2011

Sebelas.Satu.Sebelas

Inilah first entry aku since tahun baru mula menjelma ni. Dah berhabuk blog aku ni rupanya. Nak kata busy, takdelah busy sangat. Busy berdating je. Hehe. So, as usual aku memang suka nak extend cuti sem then naik lambat seminggu. Entah? Suka hati je kan? Assume je lah macam parents aku ada share kat uni ni. This week baru nak start belajar tapi mood belajar tu tak timbul timbul. Tambah tambah lagi two weeks and half ada cny punya holiday kan? Lagi lah aku start kira hari. Buruk kan perangai? Macam budak budak? Orang tua pun suka cuti,kan....

Well, since start the new sem dah mula dah typical life as a student nie. Hari hari buat benda yang sama. Rasa nak muntah pun ada. Semangat tu aku rasa dah tercicir kat tepi jalan kot? Start 2011 ni macam macam hal. Firstly, berita pasal cuti budak budak uni akan dipanjangkan. Normally, 2 month now dah jadi 4 month. Ada yang suka kan cuti 4 bulan. Lama tu bebbb. Yang ber'boyfie' semualah merungut.. "Terjejas plannak kahwin aku!" hahahahha. Alahh, kat uni ni memang lah ah terfikir nak berumahtangga. Asal tension sikit nak tercabut kepala mulalah fikir "Orang lain sebaya aku dah beranak dua. Kenapa aku kena study untuk exam nieee??"

Well, cuti empat bulan tu fikirlah korang apa nak buat untuk isi masa lapang yang panjang berjela tu. Aku and the gang ada praktikal dua bulan untuk cuti kali ni. So, tinggal dua bulan je kalau nak kerja. Kerja lah beb. Nak buat apa terkangkang kat rumah tu lama lama. Aku rasa cuti dua bulan tu aku nak kerja macam bangla then aku nak beli benda nieee...



Nikon D5000


Yeahhhh! Aprroximately RM2500 something something. Ini some kind of new year resolution lahhh. Haha. Aku takde lah reti guna binatang ni. Tapi boleh belajarkan? Boleh la buat hobby baru. hehehehe. Entahlah kan. Insyallah boleh beli. Doakan ye ;) Si Izhanizam tu cuti sem tu dia kerja. Then duit beli electric gitar satu set, okay. Mula mula aku membebel gak. Sebab mahal gila kot. Aku cakap "Nanti takde duit makan lah kau gitar tu!" Then lepas nie kalau aku takde duit mesti dia balas balik punyee. "KALAU TAKDE DUIT MAKANLAH KAU CAMERA TU!" Elehh. Nanti aku jawab lah balik. " TAK BOLEH PINJAM!" hahahaha ;D Dear Scheyra, semoga dapat beli. Aminnnnn.....



Secondly, yang pasal FB nak tutup 15 March nie sebab creator dia stress. Ade ke patut? Reason dia nak stop tu macam dia tetiba dapat hidayah nak pergi haji aku rasa. hahaha. Aku macam nak tergelak sebab mak aku dari dulu beria ria nak suruh aku buat satu account FB untuk dia. Mula mula aku cakap tak payah.Nak buat ape kan. Sebab aku rasa macam orang tua ni tak payah nak bukak FB. Nama pun laman sosial. Nak sosial buat pe? Teruk tak aku? hahaha, then mak aku cakap lah, "Alah, kawan kawan sekolah mama semua dah ada FB. Hari tu reunion mama tak tahu pun." So, aku cam tefikir takpelahhh. Boleh kot kalau nak buat satu untuk mak aku nie. Tak salah kot. Tetiba lak dengar FB nak tutup March nie. Tak kecewa ke kalau aku gitawu?

FB nie dah macam satu trend memonopoli kehidupan sosial manusia zaman sekarang. Kalau kita takde account, macam ketinggalan beberapan zaman yang lalu. Even, kalau nak pilih pekerja pun company boleh minta account FB. Nak tahu sejauh mana tahap kesosialan kot? Macam kawan aku risau, kalau takde FB camne nak send invitation kahwin nanti. Hahahhaa. So, fikir je lah korang ape yang patut eh. Fyi, dont worry. FB tak tutup pun. Dorang saje je spread rumors murahan tu. Aku baru bace kot dekat web CNN. Ada orang kan suka kan kehuru-haraan. Sape suka FB tak tutup angkat tangan, sape tak suka diam je okay. For sure, mak aku lah yang angkat tangan tu ;)



2 comments:

  1. yay..nanti da beli kamera tu jgn lupe amek gamba sue na....ea..ngeee

    ReplyDelete