Sunday, January 16, 2011

Buka mata anda. Noktah.

Untuk permulaan, aku memang nak cakap... "Oh! Oh! I love that show soososo much!" Ini lah tv show yang aku tak akan miss kalau balik rumah. Yelah, balik rumah je ada Astro. Kat sini manedee. Aku rasa dalam setahun ke dua tahun yang lepas baru lah dia nak masuk Hallmark now Diva channel . First time tengok, memang dah suka. Puan Oprah nie memang' one of the most powerful woman' kat America tu. Jadi, tv show nie memang tinggi gila rating kat sana.

Aku suka sebab dia secara tak langsung bagi semua orang buka mata. Issue yang dia bawa tu, banyak berkisarkan pasal sense of humanity lah. Dalam dunia ni, macam macam hal perangai orang. Tu yang dia exposekan kat masyarakat. Banyak benda yang aku tahu tiba tiba, bila tengok tv show nie. Sekurang kurangnya, kalau kita tak suka membaca, tengok tv show nie pun dah dapat ilmu kan?

Baru baru balik dari cuti sem ni, aku ada tengok show dia pasal 'A woman with 20 personalities' then ada jugak dengan 92 personalities. Menarik kan? Yang aku selalu tengok kat drama/filem, seorang dengan 2 personality je. Bayangkanlah camne hidup dengan 20 personality dalam satu tubuh badan manusia. Macam ada 20 orang tinggal dalam satu badan. Orang tu memang berubah ubah lah. Kadang kadang jadi camnie, kadang kadang camtu. Tak tahulah nak tafsirkan camne. Sama ada orang nie kena rasuk atau mental dia tak berapa nak betul. Tapi ni semua berpunca dari pengalaman masa kanak kanak dia sangat sangat teruk sampai kan jadi camtu. Kesian kan? Yang kelakar, setiap personality ada email password yang berbeza. Means, personaliti lain tak tahu password personality yang lain. Email nie dibuat untuk proses therapy. Then yang bestnya, wanita ni ada seorang anak perempuan. Kalau ada 13 personality yang active dalam badan wanita masa tu, 13 presents dengan kad hadiah lah anak dia dapat masa birthday. Syok kan? Hee ;D Banyak lagi kot episode yang menarik membuka, mebuka minda dan telinga anda.

Berbalik kepada cerita Puan Oprah nie, ada episode yang dia bagi satu audience kereta. Hebat tak hebatlah. Selalunya, dia bagi hadiah hadiah untuk peminat dia time farewell season. Uhh. Hari tu aku tengok dia bagi rumah , bawa satu audience pergi Australia. Of course semua free in charge lahh. Bagi satu audience yang nak kahwin tu gaun pengantin lahh. Macam macam lagi. Aku pula yang excited tengok. Hihihi. Agak agak kalau dia terbaca blog aku ni, dia bawa aku pergi tengok show dia live tak? Berangan kan? Aku saja saja cerita, kalau aku dah suka, aku suka nak share kat semua orang. So, kalau nak tengok Oprah tv show nie, hari hari kot kat channel 702 tu. 6.30 petang then ulangan 1.05 tengahari ;) Jap jap, 6.30 ke pukul 6.00 ah? ishh. lupa pulak. Check sendiri la eh? Kat NTV7 pun ada. Yang tu aku tak sure pukul berapa ;D




1 comment:

  1. jom join contest ni..

    http://the-abey.blogspot.com/2010/12/contest-kau-jantung-hati-ku.html

    ReplyDelete