Wednesday, December 22, 2010

Saja Nak Cerita Cerita

Wahh! Hari ini dalam sejarah. Result keluar kot.Haihh. Gua daripada pagi dok refresh refresh page result tu. Mak aii. Sumpah busy gila.Rasa nak hempas laptop. Give up dah. Dah la bebukan pikir. Biasalah orang yang jawab mencarut carut dalam exam memang camni kan. By the way, hari ni masak sotong masak kicap untuk kanak kanak ribena dalam rumah. Kata babysitter gojes lagi berdedikasi. Gua pun gila lah kan budak ni mintak sotong masak kicap. Tanpa berfikir panjang, gua google jelah resipi tu. Muahahahaha. Hasilnya, menakjubkan! Gua berjaya beb! Sejak sejak jadi babysitter fulltime selama sebulan ni dah dapat sinar sinar. Rasanya dah boleh kahwen. Ekekekeke. Mak gua pun terkejut beruk anak dia boleh masak. Jangan main main aw. hahaha. Buat pengetahuan korang, gua memang tak suka nak tunjuk skill kat rumah. Bagi gua, buat pe masak kalau mama ade. Mak masak kan sedap! hahaha. so dalam keadaan terdesak ni, terpaksalah masak untuk budak budak. Takkan nak bagi dorang lapar lak kan. Hari tu masak lempeng first time, tak jadi! Bongok sungguh. hahaha. camne mak aku buat boleh lawa bulat nipis je aku buat gemuk gemuk gerutu gerutu. Hodoh. Sumpah. Lastly, aku tamatkan je riwayat lempeng tu dalam perut tong sampah. Next time nak try buat pan cake pulak. Apa kena hormon baru nak masak masak ni. Zaman darurat kot? Hee. Lagi satu, gua dah boleh masak sweet sour. Woot! Woot! hahaha. Kanak kanak ni kata sedap je. Berjaya lah tu. Muahhahaha. Banyak la gua bantai masak untuk budak budak ni. Kalau tak makan mulalah aku paksa suruh makan jugak. Tak kira! Tulah perangai buruk aku, aku nak jugak orang makan yang aku masak. jangan risau. Sedap punya. Gua tak bagi yang rasa macam tahik punya. I have a great taste. Lagi lagi pasal makanan ni. Kalau jumpe je makanan sedap, memanglah asyik nak pergi kedai tu then aku suggest kat semua orang. Rasa bahagia bila berkongsi rasa sedap tu kat semua orang. Hehehe. Berbalik kepada result, agak hampa sebab killer subjek gred die macam haremmm. Tapi, okayy la. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Rasanya result tu agak berbaloi bagi perempuan gila yang enjoy sakan 3 weeks and study masa nak exam. Ngehhh. Eventhough tak dean list but quiet good actually.Takpelah, ada 3 sem lagi,nextime jangan gedik gedik nak main main. Tak senonoh perangai. Hopefully lepas ni lebih preparation kurang kan bergonjengan tak tentu hala. Actually, gua ade mission sampai grad. Kalau boleh nak dapat first class degree, duit ptptn tak payah bayar. Yeay! hahaha. Banyak benda nak fikir ni. Belum kerja dah fikir macam macam. Aha. Aku memang si pemikir masa depan yang kronik. So, sampai sini saja lah. See ya!

XOXO ;)

1 comment: