Friday, November 26, 2010

Gila babi

Jam di dada laptop sudah menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi.


Mata masih terbuka luas. Rasanya terlalu banyak masa yang terhabis di meja belajar. Oh. Rasa tegang mencucuk tulang muda remaja ini. Lihat nota sampai tembus. Muka fokus konfiden tak pernah lupa. Gaya rupa calon four-flat sepanjang semester memang berjaya. First impression bijak menipu. Janganlah mudah terpedaya. Walhal poyo semata. Dalam hati memang tak siapa yang tahu. Nak mengadu ni. Esok hari ada dua paper. Lusa ada satu paper (subjek pembunuh). Time management memang buruk. Tak usah kira. Masa masa tegang ni lah baru sedar diri dah tunggang tebalik. Rambut yang selalunya dianggap asset terbesar dah peduli apa (sumpah dah macam mati laki). Pakwe pun tak usah kira. Memang terbiar. (maaf sayang, I still love you). Ingat senang study last minute dengan schedule yang macam @#$% (saja cari alasan). Bila dah beria nak study, tak boleh fokus. Bila tak boleh fokus, jadi boring. Bila boring, sumpah nak makan (kalah orang pregnant).Bekalan makanan di hujung hujung semester ni memang stok semput semput. Semester depan mungkin patut tukar laci meja study ni jadi laci Doraemon. Sumbat la stok makan banyak banyak (pastu bising bising gemuk). Perempuan memang tak boleh stresskan? Asyik nak membebel je.Takpelah, semoga kita mendapat suami yang memahami dan rasa membebel itu seksi ; )


....Sekian....


Mari tidur


No comments:

Post a Comment