Saturday, November 27, 2010

Budak Gemuk Kesayangan


Mari saya kongsi cerita.


"Dialah dadah saya. Tanpa dia. Saya huru hara."


Huru Hara

"Perempuan gila. Selipar putus. Kaki ayam. Perasan Elyana."

Friday, November 26, 2010

Gila babi

Jam di dada laptop sudah menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi.


Mata masih terbuka luas. Rasanya terlalu banyak masa yang terhabis di meja belajar. Oh. Rasa tegang mencucuk tulang muda remaja ini. Lihat nota sampai tembus. Muka fokus konfiden tak pernah lupa. Gaya rupa calon four-flat sepanjang semester memang berjaya. First impression bijak menipu. Janganlah mudah terpedaya. Walhal poyo semata. Dalam hati memang tak siapa yang tahu. Nak mengadu ni. Esok hari ada dua paper. Lusa ada satu paper (subjek pembunuh). Time management memang buruk. Tak usah kira. Masa masa tegang ni lah baru sedar diri dah tunggang tebalik. Rambut yang selalunya dianggap asset terbesar dah peduli apa (sumpah dah macam mati laki). Pakwe pun tak usah kira. Memang terbiar. (maaf sayang, I still love you). Ingat senang study last minute dengan schedule yang macam @#$% (saja cari alasan). Bila dah beria nak study, tak boleh fokus. Bila tak boleh fokus, jadi boring. Bila boring, sumpah nak makan (kalah orang pregnant).Bekalan makanan di hujung hujung semester ni memang stok semput semput. Semester depan mungkin patut tukar laci meja study ni jadi laci Doraemon. Sumbat la stok makan banyak banyak (pastu bising bising gemuk). Perempuan memang tak boleh stresskan? Asyik nak membebel je.Takpelah, semoga kita mendapat suami yang memahami dan rasa membebel itu seksi ; )


....Sekian....


Mari tidur


Tuesday, November 23, 2010

The madness of diet rules

It's almost two month, saya, SCHEYRA KORA, yang tak berdisiplin ini, tak makan nasi. Perkara ini amat menyakitkan jiwa sebab saya adalah si penggemar nasi yang tegar. (sebelum dua bulan baru baru ni) In fact, orang jawa ini terlalu merindu sepinggan nasi campur. Saya prefer masakan melayu more than western food, tahu? Semangat diet yang menggila akibat tersentap dari mulut mulut orang sekarang yang banyak berberbau longkang. Tercabar kewanitaan ku ini. Hahaha. Tambahan pula, banyak baju yang saya nak beli tak muat. Takde size atau free size. (Diskriminasi pengeluaran baju zaman sekarang teruk okay) Semua orang skinny je ke nak kena cantik cantik? Type kami yang plum plum seksi ni macam mana? Dengan semangat baru yang ada, saya dah mula banned nasi dan fast food. Buat permulaan, diet rules ni agak membanggakan. Terasa kuat dan gagah perkasa. Even pergi KFC pon order salad je. Gila tak gila la. Tapi masa hari raya haji tu, bantai gak rendang ayam. Mana boleh tahan. Teruk gak tekak kalau hari hari makan cornflakes, apple dengan biskut je kan. Itu pun baru turun 2kg. (nak diet tapi malas exercise) Haihhhhh. Dilema dilema. Tunggu lah dah dapat berat ideal nanti.....


Ohh, nasi..






Sunday, November 21, 2010

Muntahkan perasaan itu



I guess, I'm just lucky ; )

Saturday, November 20, 2010

Malapetaka

In case korang balik naik bus sorang sorang. Here some advices to avoid "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, TERTIMPA LIFT PULA".


  • Jika anda seorang yang pelupa gila (maybe sebab banyak makan semut), naiklah bas dua orang diri. Bukan seorang diri.

  • Make sure jangan tidur mati sampai ada bom kat sebelah meletup pun masih tak sedarkan diri. Driver bas boleh sesuka hati suruh kita pergi naik bas lain. Sebab nak hantar budak UUM pergi Changlun. (Pelajar UNIMAP dari JB seringkali di anak tirikan).

  • Sebelum berangkat, jangan lupa cas bateri handphone. PENTING.

  • Sesudah sampai di terminal bas,make sure anda tidak mamai mamai. (akibat 12jam hibernate). PENTING LAGI.

  • Jika anda naik cab, jangan lupa ingat anda naik kereta apa,warna kereta, no plat kereta dan rupa pakcik driver. PENTING SANGAT.

  • Jangan buat pakcik driver cab terkejut sebab dengar ringtone anda. (Maybe sebab setting highest volume or mungkin anda set ringtone bukan bukan) Ditakuti accident atau pakcik itu menghidapi sakit jantung. PENTING.

  • Jika anda tidak sengaja mengejutkan pakcik driver cab itu dengan ringtone yang super kuat (sebab mungkin anda pekak) sampai pakcik mengurut dada, jangan terus silence phone tapi letak kan lah pada volume yang lebih rendah. PENTING.

  • Gantunglah handphone di leher tak kiralah jika handphone 3310. Jangan segan. Nasihat bagi si pelupa kelas pertama

  • Sebelum keluar cab, ingatlah barang barang yang anda bawa. PENTING GILA.

  • Last sekali, jangan mengada ngada lupa bawa balik kunci rumah even anda selalu balik seminggu lewat. (sebab nak jumpa pakwe punya pasal). In case, housemate semua pakat nak balik 2 minggu lewat,anda tak diberitahu.Tak bawa kunci? Terngangalah kau sorang sorang kat luar pintu rumah. PENTING GILA.

Jangan jadi macam saya.


Kunci tak bawa, handphone tertinggal dalam cab, housemate takde dalam rumah.


PADAN MUKA.


Friday, November 19, 2010

Break A Leg!


Wishing every each of you, good luck for FINAL EXAMINATION!
xoxo ; )

Lupa diri.

OMG! Dah 3 weeks tinggal rumah memanglah liat nak balik. 12 hours perjalanan naik bas dari JB-PERLIS memang menggila. Bila dalam bas tu lama sangat sampai rasa nak bunuh diri. Alhamdulillah, diri ini masih rasional. 3 weeks cuti as equal to STUDY WEEK. Gila. Tidak salah lagi, balik rumah lagi melekakan. Lupa diri. Tak ingat dunia. Buruk perangai. Hahaha. Lepas ni nak bangkang kalau study week more than 1 week. Itulah dilema orang JB yang study perlis ni. Kalau duduk Perlis lama lama mati keras. Duduk JB pula macam heaven. So, hari ni dah kena balik. Study? Entah pape. Baca sikit dah nak tidur. Kalau orang putih tu beria makan ubat tidur sebab susah nak tidur. Kita senang je. Buka buku terus bantai tidur. Buruk perangai lagi. Maka dengan itu, jalan terakhir adalah amalkan konsep redha je la kan nak dekat dekat final ni. Mak dah berbuih mulut membebel. Kalau takde mak elok je. Kes balik rumah mengada ngada lebih. Bukannya selalu dapat mak kan? Bukannya anak mak,tapi mak aku memang orang paling caring dalam dunia. Sound effect pun boleh tahan. Agaknya seronok kena membebel. Dah immune. Last few words, semoga berjayalah for becoming final exam, even usaha tu takdelah besar mana ;D
hugs and kisses

Thursday, November 18, 2010

Berdiri tegak dan perasan cantik.


Stand up for who you are. Fall for idiots that you thought he's the one. Laugh until you choked to death. Eat as much as you can even they might call you a monster. Sing like a diva in a bathroom. Sleep over eight hours because you think it is secret of youth. Lie when you think it might make others better. While you are driving, open windows and scream-out-loud. Cook for someone special even it's just maggie mee. Play hide-and-seek with kids in your neighbourhood. Chocolates will always be the best therapy when you get dumped. Lovestory isn't exist until you realized it's based on true story. Wear red shoes. Use passion-red lipstick. It is enough to have understandable person surrounds you. Don't ever forget that you are fabulous and hey! I'm Scheyra. At the age of twenty-one, I'm just a beginner ; )