Wednesday, December 29, 2010

Uncool Smoker

" Says who smoking is cool? I think we are just sexy to have a pink healthy heart. "

Tuesday, December 28, 2010

A Little Something

  • The real me is Nur Syahirah bt. Sarwan. 'Syahirah' means famous. Am I? hahaha. Jauh sekali ;)
  • Going to be 22 soon. It means double two. WOW!
  • Lucky number two ;)
  • The eldest yet the smallest among my siblings. Oh, lupa pulak. Dan tergemuk juga ;D
  • I shared my birthday with my mom and 20 February is our day ;)
  • When I was a kid, a soy bean was stucked in my nose. Hahaha. Mangkuk betul. Selepas insiden itu, my mom berhenti terus dari membuat air kacang soya sendiri. Beli dekat kedai je lah ;)
  • I was once nails biter yang tegar. Now, dah tak lagiii ;D
  • I love reading and that habit turned me to get the rabun disease. Plus, aku suka tengok tv macam nak masuk dalam tv. Macam ayah selalu kata ;)
  • Aku suka baca novel until one time aku rasa lovestory dalam novel tu mengarut dan menyimpang dari realiti. Hahahha. So, better aku baca komik ;D
  • Aku kerap terpengaruh dengan warna kuning. Tapi belum pernah kena sakit kuning. Thank god for that ;)
  • Aku mula tergila gila kan Volkswagen Beetle since I watched 'The Mexican' starring Julia Robert and Brad Pitt. Julia Robert drive kaler hijau but I prefer yellow of course ;)
  • I'm a loyal person. I mean I've got a huge loyal issue. Hahaha. Contohnya, aku sangat menggemari Pistachio Almond ice cream dekat Baskin Robbin tu dan aku tak pernah nak beli flavour yang lain. Same goes with the man I love ;)
  • Aku sukakan something yang klasik. Especially cars and I think a house should be made of kayu kayuan and lingkaran daun daunan. Jangan suruh aku tinggal dalam hutan okay ;)
  • I love to sing. I don't know why. It's like some soothing therapy macam dekat spa tu ;)
  • Bila aku basuh pinggan aku suka berangan. So, jangan pelik bila nampak aku tersengih sorang sorang time basuh pinggan ;)
  • Sebelum tidur aku akan berangan dan berfikir dulu ;)
  • Aku tak berminat dengan teddy bear ;)
  • First impression aku anggap taktik menipu mata kasar semata mata ;)
  • Mostly, orang kata aku punya muka sombong nak mampus. Padahal, aku selalu pakai lipstick dan buat bibir aku mengeras. Susah nak senyum. Aku pun tak tahu kenapa?Hahaha ;D
  • Aku start melawa dan gemuk sejak putus cinta yang lalu. Life isn't always great but look at me now, jerk! Tak de lah lawa sangat tapi better la kan? (sedapkan hati)
  • Aku hanya melepas tension kepada seorang mangsa. Sorry, sayang ;D
  • Originally seorang yang kasar dan loud-speaker. I'm going to fixed that actually ;D
  • I'm independent and curious ;)
  • I'm flexible ;)
  • I don't have a driving license and will get one soon ;)
  • I love to eat but I'm on my way to control it. Sebab nanti aku lupa diri ;D
  • I prefer handbags more than shoes ;)
  • Aku rasa lelaki berusia yang hot nak mampus adalah JAVIER BARDEM plus JEFFREY DEAN MORGAN. Muka dorang sama. Sumpah! Tapi takdelah tua sangat. Jangan lupa Gerard Butler okay. Auwww ;D
  • I love Taylor Swift. Diam kalau tak suka.
  • I prefer sweet-fruity-smell kinda perfumes ;)
  • Masakan melayu more than western food ;)
  • Aku tak tahu memasak and I don't mind learning ;D
  • Kawan aku mungkin tak ramai mana tapi diorang semua berkualiti. I mean semua kawan aku baik belaka ;)
  • I don't smoke I don't drink ;)


Sunday, December 26, 2010

Sepetang Yang Naked

Tubuh kurus melidi adalah definisi 'cantik dan hot' bagi mata manusia abad ini. Rasanya isu kurus ni dah boleh petik jadi isu global. Semua orang lumba lumba nak kurus. Siapa gemuk mesti kena bahan, kan? Keji betul manusia sekarang. Rasa nak korek biji mata mereka si bermulut gampang. Betul tak gemuk gemuk sekalian? Hahaha. Tak usah kata orang. Aku pun victim yang sebenar. Asal orang jumpa je. "Eh?Dah gemuk eh?" , " You look plum!" , "Peha kau macam peha lembu seyh!" , "Ni perut tong sampah ni." and whatsoever. Bla Bla Bla. Kritikan memang lah tajam. Lagi hebat dari mata pisau. Kena pisau berdarah at last, luka sembuh. Luka hati berdarah siapa yang tahu. Kan. Apa yang aku duduk mencarut pun aku tak tahu.

Kaedahnya, aku pergi berurut petang tadi. For slimming okay. Sponsored by my Mak Usu. Aha. Bibik pergi spa sehh. Okay, buat pengetahuan korang, aku memang first time try pergi ni. Oho, gila babi. Dia uli aku macam tepung nak buat donut untuk minum petang. Fuhhh. Rasa suara dah kena telan. Tak mampu nak menjerit. Macam macho kan tahan sakit? Haha. Dua orang tukang urut, dua lah double shot dorang bagi aku. Mak usu kata dorang urut bagi pecah lemak. Seksa weyh nak kurus. Bapak ah. Kurus macam tekanan hidup dia bagi. Bak tekanan laki kahwin lari ikut indon pembantu rumah. Hahahah. Apa aku mengarut ni?

Dan buat tajuk di atas, betullah tu naked. Erk. I mean half. ;D Aku rasa aku patut beli binatang sauna tu lah satu. Macam seronok je peluh peluh. Hasil peluh macam lari 1o kilometer tanpa henti. At the end, kalau rasa macam kulit nak terkoyak, stop la kan. FYI, sauna ni lelaki tak elok guna. Merendahkan keaktifan sperm untuk bercambah dorang kata. Merepek sial ayat aku. Ke sperm kurang aktif? Amende entah.

Apa yang aku dapat hari ini adalah suatu ketika nanti aku akan berduit dan akan terjebak dalam kancah pengurusan badan secara tegar dan kroniknya. Mesti aku cuba macam macam. Hahaha. Inilah story blogger yang kuat mimpi nak kurus tapi work out malas. Eleh. Peduli apa. Perempuan ni memang senang gila nak influence benda benda nak cantik ni kan? Macam mak aku kata, aku ni pantang nampak shampoo commercial baru dalam tv. Mesti nak try. Nak buat camne? Genetik sape entah aku ikut. Pada pendapat aku, melawa je lah kalau nak. Peduli apa orang nak kata. Kita tak boleh nak bahagiakan semua orang. Maka, bahagiakan lah diri anda. Lagi satu, kalau ada orang mengata kau gemuk, cakap je...

"MY BODY, MY RULES, JERK!"

Jangan lupa lontarkan suara ;)

Friday, December 24, 2010

Tomyam Satu!

Aku ada terbaca something. Tapi lupa lah kat mana. Saja nak share. Aku rasa sweet je ;)

"Mak dengan ayah saya kalau bergaduh, mesti berakhir dengan ayah saya keluar dan tinggalkan emak membebel bebel dalam rumah. Ayah keluar bukan nya apa. Ayah keluar naik motor belikan mak mee goreng kesukaan mak tu. Ayah tahu mak suka dan hilang marah bila dapat mee goreng tu. "


Aku cerita lah dekat boyfriend aku yang sorang ni. (memanglah sorang je pun...).

"Nanti kalau saya marah marah camne?"
"Takpelah, nanti saya keluar lah kejap beli tomyam "
"Alah, orang nak beg LV...."
"Amboi!"


Wednesday, December 22, 2010

Saja Nak Cerita Cerita

Wahh! Hari ini dalam sejarah. Result keluar kot.Haihh. Gua daripada pagi dok refresh refresh page result tu. Mak aii. Sumpah busy gila.Rasa nak hempas laptop. Give up dah. Dah la bebukan pikir. Biasalah orang yang jawab mencarut carut dalam exam memang camni kan. By the way, hari ni masak sotong masak kicap untuk kanak kanak ribena dalam rumah. Kata babysitter gojes lagi berdedikasi. Gua pun gila lah kan budak ni mintak sotong masak kicap. Tanpa berfikir panjang, gua google jelah resipi tu. Muahahahaha. Hasilnya, menakjubkan! Gua berjaya beb! Sejak sejak jadi babysitter fulltime selama sebulan ni dah dapat sinar sinar. Rasanya dah boleh kahwen. Ekekekeke. Mak gua pun terkejut beruk anak dia boleh masak. Jangan main main aw. hahaha. Buat pengetahuan korang, gua memang tak suka nak tunjuk skill kat rumah. Bagi gua, buat pe masak kalau mama ade. Mak masak kan sedap! hahaha. so dalam keadaan terdesak ni, terpaksalah masak untuk budak budak. Takkan nak bagi dorang lapar lak kan. Hari tu masak lempeng first time, tak jadi! Bongok sungguh. hahaha. camne mak aku buat boleh lawa bulat nipis je aku buat gemuk gemuk gerutu gerutu. Hodoh. Sumpah. Lastly, aku tamatkan je riwayat lempeng tu dalam perut tong sampah. Next time nak try buat pan cake pulak. Apa kena hormon baru nak masak masak ni. Zaman darurat kot? Hee. Lagi satu, gua dah boleh masak sweet sour. Woot! Woot! hahaha. Kanak kanak ni kata sedap je. Berjaya lah tu. Muahhahaha. Banyak la gua bantai masak untuk budak budak ni. Kalau tak makan mulalah aku paksa suruh makan jugak. Tak kira! Tulah perangai buruk aku, aku nak jugak orang makan yang aku masak. jangan risau. Sedap punya. Gua tak bagi yang rasa macam tahik punya. I have a great taste. Lagi lagi pasal makanan ni. Kalau jumpe je makanan sedap, memanglah asyik nak pergi kedai tu then aku suggest kat semua orang. Rasa bahagia bila berkongsi rasa sedap tu kat semua orang. Hehehe. Berbalik kepada result, agak hampa sebab killer subjek gred die macam haremmm. Tapi, okayy la. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Rasanya result tu agak berbaloi bagi perempuan gila yang enjoy sakan 3 weeks and study masa nak exam. Ngehhh. Eventhough tak dean list but quiet good actually.Takpelah, ada 3 sem lagi,nextime jangan gedik gedik nak main main. Tak senonoh perangai. Hopefully lepas ni lebih preparation kurang kan bergonjengan tak tentu hala. Actually, gua ade mission sampai grad. Kalau boleh nak dapat first class degree, duit ptptn tak payah bayar. Yeay! hahaha. Banyak benda nak fikir ni. Belum kerja dah fikir macam macam. Aha. Aku memang si pemikir masa depan yang kronik. So, sampai sini saja lah. See ya!

XOXO ;)

Thursday, December 16, 2010

Kimia dan Cinta


APA YANG MEMBUATKAN KITA JATUH CINTA?
Semua orang ada experience yang menyakitkan hati dan jiwa berkaitan cinta kan? So did I. We have our own experiences and that memories made our life miserable our disaster, I think. haha. Sometimes, kita akan tanya 'kenapa dia tak cinta aku? " Menangis, meratap bla bla bla. Biasalah perempuan. Mesti nak menangis punya. Air mata tu macam dah takde nilai at that time. Selalu je kan kita dengar kita jatuh cinta sebab Chemsitry? Yeah! tepat sekali.Kita jatuh cinta sebab bahan kimia dalam badan kita yang menggila bergolak golakkan. Hiperbola gila kan ayat. Tak boleh blahhh. So, apa yang aku nak sampaikan ni, kita CLASH or BREAK UP or PUTUS whaat so ever lah kan dengan someone bukan sebab kita gemuk, buruk, miskin dan lain lain yang sekutu dengannya. Ini adalah kerana bahan kimia kita yang tak kena dengan partner kita itu. Bercanggah lah senang. So, aku nak bagi info apa yang buat kita jatuh cinta. Menurut psycologist, jatuh cinta ni macam neurochemical process yang meransang sesuatu untuk buat kita jatuh cinta. Sebab bahan bahan kimia ni bergerak lah korang jatuh cinta sampai makan tak kenyang, tidur tak lena mandi tak basah lah tu kan? kan? kan?
  1. Kita jatuh cinta ada kena mengena dengan bau lah! Hahhaha. Contoh, bau bunga ros dapat meningkatkan lagi kimia dalam prosess nak jatuh cinta ni. Bau ni dah macam cultural attractive standards. ; ) Kita akan suka tiba tiba dengan laki yang bau wangi kan? Anyway, siapa suka partner yang busuk. haa. Btw, kalau korang bau wangi ia akan membuatkan korang attractive gila. ;D


  2. Pheromon lah yang buat kita tergila gila kan seseorang. Pheromon ni adalah faktor kimia yang boleh dikatakan sebagai 'invisible signal" yang buat kita jatuh cinta dengan hantar signal ke otak. Bila otak dah dapat signal tu, mulalah 'hatiku berdegup degup atau ada rama rama dalam perut". Tapi sebab utama jatuh cinta bukan refer kepada pheromon je tapi ada faktor lain jugak macam sentuhan, bau dan mendengar.

  3. Hormon hormon cinta yang participate dalam proses nak jatuh cinta ni macam oxytocin, dopamine dan vasopressin. Oxytocin dan vasopressin wujud bila seseorang tu falling in love dan staying together for a long time.Dopamine pula wujud bila romantik romantik. ; ) So,bila dah kurang hormon hormon ni mesti dah menyampah tengok muka partner kita kan? hahahhaa. So, bila korang dah tak rasa diri ni dicintai refer lah dekat hormon hormon ni.

Camne nak buat kita attractive? Pakai lah wangi wangi eh. Untuk lelaki pulak bagi lah roses or chocolate sebab jatuh cinta memang berkaitan dengan bau. That's why saya suka cium ketiak pakwe saya yang wangi itu! Saya dah tahu dah! :D Kesimpulannya, membaca adalah amalan yang berguna kerana ia menambahkan pengetahuan yang sedia ada ; )

Monday, December 13, 2010

Supercar for Superwoman ; )

Last Sunday, we went to KL International Autoshow 10' at PWTC. It was like woahhh!
Biasanya, yang buat ternganga mulut tu supercar yang tak mampu nak dibeli lah kan.Hahaha ;D
Selalunya suka nak tengok lelaki hot kan? Ini lelaki hot dah tak sempat tengok.
Maaflah, lelaki tak se-hottt kereta ;D
Gila lah kalau dapat Bumblee Bee before transformation yang Chevrolet Camero tu yang color kuning tu ;D
Ada sape sape nak bagi birthday present tu tak? Beranganlah kau nak dapat kan.
Yang si Echal pulak busy nak tangkap gambar dengan model kereta je lah.
Gila budak ni. Perasan nak buat bini lah tu.
Tahulah model model kereta tu kan, setakat gemuk macam aku dah tentu tak layak.
So, buatlah keputusan ambil gambar tanpa model model menyibuk di tepi kereta. Hahhahaha.
Akulah model kereta yang annoying gila.

Apa lagi,check this out!



Gemuk dan pendek tidak menjadi halangan ;D


My li
ttle co
usins pl
us the damn
gorgeous supercar ; )
Black is sexayyy!


I always fell in love with classical cars. Klasik adalah satu seni.
Do you think so? Hahaha ;D


I think Bumblebee is handsome ; ) Fyi, saya memang obsess dengan color kuning.
Sumpah rasa nak curi bawa balik. Mesti bawak tido. Confirm!
Btw, ini lah family mak usu saya ; )




Friday, December 10, 2010

Obsessi rambut mayang mengurai


Oh oh! I would love to have that hair! (excited gila)
Can I do the extension like others did?
Tapi semua orang tak pernah menyokong.
Kasihan saya ; (
Maybe one day I'll have it.
Masa tu saya dah nekad.

...JENG JENG JENG...


Wednesday, December 8, 2010

The special 'U'


Darling of mine, how am I supposed to live without you?
  • Awak yang nyanyi bila saya nak tidur. Awak mesti nak nyanyi pakai gitar. Saya suka walaupun suara awak sangat tak sedap masa tu ;)
  • Awak yang cipta lagu cinta untuk saya walaupun saya orang yang ketiga pernah awak cipta. Saya suka jugak ;)
  • Awak yang suka main rambut saya bila saya kata rambut saya rambut rosak. Awak kata okay je ;)
  • Awak yang suka senyum dan peluk saya bila dah lama tak jumpa saya. Kita tahu kita memang ada limited time issue ;)
  • Awak yang pakai deodeoran 'hijau' tu sebab saya suka bau dia. At last, saya suka cium ketiak awak. Wangi, saya suka ;)
  • Awak yang kira timing menstruasi saya sebab awak nak detect bila hari datang. Ini semua sebab saya suka marah tak tentu hala bila nak mens. Even saya sendiri pun tak pernah ambil tahu ;)
  • Awak lah lelaki paling seksi dalam dunia. Awak tahu? Ini semua sebab saya dah pernah ternampak awak awak balik masjid pakai kain pelekat. Kan saya dah suka ;)
  • Awak lah lelaki paling lembab dan pemalu yang pernah saya jumpa. Tapi, sekarang awak dah tak malu. Awak lagi banyak cakap bila jumpa saya. Takpe, saya tetap suka ;)
  • Awak lah lelaki paling risau dan membebel banyak yang pernah saya jumpa. Awak dah macam mak saya. Saya suka ;)
  • Awak lah orang yang paling pelupa yang pernah saya tahu selain datuk saya ;)
  • Awak lah orang yang dengar je saya mengarut,mencarut dan merajuk tak tentu hala. Saya tahu saya teruk ;(
  • Awak lah yang suka membebel sebab saya susah nak type msg & call. Sebenarnya saya suka awak membebel. Saya rasa awak cute ;)
  • Awak lah orang yang susah nak marah saya even perangai saya ni menyakitkan hati. Kan? Kan? Kan?
  • Awak tak pernah lupa saya even kerja awak melambak ;)
  • Awak pernah cakap naik motor tu best sebab banyak angin. Padahal awak suka saya saya peluk awak ;)
  • Awak lah yang pujuk saya bagai nak gila bila saya merajuk. Awak memang tak pandai pujuk tapi at last saya tergelak jugak dengar lawak bodoh awak tu ;)
  • Awak lah yang habiskan makanan yang saya masak even saya masak tak sedap ;)
  • Awak lah yang paksa saya belajar macam mana nai isi minyak sebab saya memang tak suka ambil tahu.
  • Awak lah yang ajar saya bawa kereta. Saya tahu awak nak marah sebab saya penakut. Tapi karang awak marah saya dah taknak belajar ngan awak lagi. Merajuk. Saya tahu awak tahan je high pitch suara tu ;)
  • Awak suka nak kenalkan saya dengan mak awak. Saya yang taknak. Saya takut ;)
  • Awak lah boyfriend saya. Awak lah bestfriend saya. Awak lah partner menyanyi saya. Awak lah wrestler saya. Awak lah hero saya, even saya tahu awak memang tak larat nak angkat saya ;)
  • Saya suka awak dari segala darjah sudut ;) Awak ukur je lah sendiri banyak mana. Sumpah saya sayang awak bejuta juta lemon. Macam yang awak selalu kata tu ;)


Tuesday, December 7, 2010

Black and Bold

" THE STUPID SIXTEEN "
Cause when you're sixteen somebody tell you they love you
You're gonna believe them
And when you're sixteen feeling there's nothing to figure out
Well, count to ten take it in
This is life before you know who you're gonna be
Sixteen
And then you're on your very first date and he's got a car
And you're feeling like flying
And you're mama waiting up and you're thinking he's the one
And you're dancing 'round you room when the night ends
When the night ends
Cause when you're sixteen somebody tell you they love you
You're gonna believe them
When you're sixteen and your first kiss
Makes your head spin round
But in your life you'll do things greater than
Dating the boy on football team
But I didn't know when I was Sixteen
When all you wanted was to be wanted
Wish you could go back and tell yourself what you know now
Back there I swore I was gonna marry him someday
But I realized some bigger dreams of mine
Cause when you're sixteen somebody tell you they love you
You're gonna believe them
And when your sixteen,don't forget to look before you fall
I've found time can heal most anything
And you just might find who you're supposed to be
I didn't know who I was supposed to be at sixteen

Monday, December 6, 2010

Road Trip

It's a day went out to 'mandi-manda'. Spending a quality time with my family. Here some moments I've captured.



The cam-whore
(P/S: I didn't get wet. 'Red Alert')


Little brother and little cousin ; )Location: Wet World, Batu Pahat.


Echal penat swimming sampai tido tido.
(nasib baik time capture gambar tak tido ternganga)

Saturday, November 27, 2010

Budak Gemuk Kesayangan


Mari saya kongsi cerita.


"Dialah dadah saya. Tanpa dia. Saya huru hara."


Huru Hara

"Perempuan gila. Selipar putus. Kaki ayam. Perasan Elyana."

Friday, November 26, 2010

Gila babi

Jam di dada laptop sudah menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi.


Mata masih terbuka luas. Rasanya terlalu banyak masa yang terhabis di meja belajar. Oh. Rasa tegang mencucuk tulang muda remaja ini. Lihat nota sampai tembus. Muka fokus konfiden tak pernah lupa. Gaya rupa calon four-flat sepanjang semester memang berjaya. First impression bijak menipu. Janganlah mudah terpedaya. Walhal poyo semata. Dalam hati memang tak siapa yang tahu. Nak mengadu ni. Esok hari ada dua paper. Lusa ada satu paper (subjek pembunuh). Time management memang buruk. Tak usah kira. Masa masa tegang ni lah baru sedar diri dah tunggang tebalik. Rambut yang selalunya dianggap asset terbesar dah peduli apa (sumpah dah macam mati laki). Pakwe pun tak usah kira. Memang terbiar. (maaf sayang, I still love you). Ingat senang study last minute dengan schedule yang macam @#$% (saja cari alasan). Bila dah beria nak study, tak boleh fokus. Bila tak boleh fokus, jadi boring. Bila boring, sumpah nak makan (kalah orang pregnant).Bekalan makanan di hujung hujung semester ni memang stok semput semput. Semester depan mungkin patut tukar laci meja study ni jadi laci Doraemon. Sumbat la stok makan banyak banyak (pastu bising bising gemuk). Perempuan memang tak boleh stresskan? Asyik nak membebel je.Takpelah, semoga kita mendapat suami yang memahami dan rasa membebel itu seksi ; )


....Sekian....


Mari tidur


Tuesday, November 23, 2010

The madness of diet rules

It's almost two month, saya, SCHEYRA KORA, yang tak berdisiplin ini, tak makan nasi. Perkara ini amat menyakitkan jiwa sebab saya adalah si penggemar nasi yang tegar. (sebelum dua bulan baru baru ni) In fact, orang jawa ini terlalu merindu sepinggan nasi campur. Saya prefer masakan melayu more than western food, tahu? Semangat diet yang menggila akibat tersentap dari mulut mulut orang sekarang yang banyak berberbau longkang. Tercabar kewanitaan ku ini. Hahaha. Tambahan pula, banyak baju yang saya nak beli tak muat. Takde size atau free size. (Diskriminasi pengeluaran baju zaman sekarang teruk okay) Semua orang skinny je ke nak kena cantik cantik? Type kami yang plum plum seksi ni macam mana? Dengan semangat baru yang ada, saya dah mula banned nasi dan fast food. Buat permulaan, diet rules ni agak membanggakan. Terasa kuat dan gagah perkasa. Even pergi KFC pon order salad je. Gila tak gila la. Tapi masa hari raya haji tu, bantai gak rendang ayam. Mana boleh tahan. Teruk gak tekak kalau hari hari makan cornflakes, apple dengan biskut je kan. Itu pun baru turun 2kg. (nak diet tapi malas exercise) Haihhhhh. Dilema dilema. Tunggu lah dah dapat berat ideal nanti.....


Ohh, nasi..






Sunday, November 21, 2010

Muntahkan perasaan itu



I guess, I'm just lucky ; )

Saturday, November 20, 2010

Malapetaka

In case korang balik naik bus sorang sorang. Here some advices to avoid "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, TERTIMPA LIFT PULA".


  • Jika anda seorang yang pelupa gila (maybe sebab banyak makan semut), naiklah bas dua orang diri. Bukan seorang diri.

  • Make sure jangan tidur mati sampai ada bom kat sebelah meletup pun masih tak sedarkan diri. Driver bas boleh sesuka hati suruh kita pergi naik bas lain. Sebab nak hantar budak UUM pergi Changlun. (Pelajar UNIMAP dari JB seringkali di anak tirikan).

  • Sebelum berangkat, jangan lupa cas bateri handphone. PENTING.

  • Sesudah sampai di terminal bas,make sure anda tidak mamai mamai. (akibat 12jam hibernate). PENTING LAGI.

  • Jika anda naik cab, jangan lupa ingat anda naik kereta apa,warna kereta, no plat kereta dan rupa pakcik driver. PENTING SANGAT.

  • Jangan buat pakcik driver cab terkejut sebab dengar ringtone anda. (Maybe sebab setting highest volume or mungkin anda set ringtone bukan bukan) Ditakuti accident atau pakcik itu menghidapi sakit jantung. PENTING.

  • Jika anda tidak sengaja mengejutkan pakcik driver cab itu dengan ringtone yang super kuat (sebab mungkin anda pekak) sampai pakcik mengurut dada, jangan terus silence phone tapi letak kan lah pada volume yang lebih rendah. PENTING.

  • Gantunglah handphone di leher tak kiralah jika handphone 3310. Jangan segan. Nasihat bagi si pelupa kelas pertama

  • Sebelum keluar cab, ingatlah barang barang yang anda bawa. PENTING GILA.

  • Last sekali, jangan mengada ngada lupa bawa balik kunci rumah even anda selalu balik seminggu lewat. (sebab nak jumpa pakwe punya pasal). In case, housemate semua pakat nak balik 2 minggu lewat,anda tak diberitahu.Tak bawa kunci? Terngangalah kau sorang sorang kat luar pintu rumah. PENTING GILA.

Jangan jadi macam saya.


Kunci tak bawa, handphone tertinggal dalam cab, housemate takde dalam rumah.


PADAN MUKA.


Friday, November 19, 2010

Break A Leg!


Wishing every each of you, good luck for FINAL EXAMINATION!
xoxo ; )

Lupa diri.

OMG! Dah 3 weeks tinggal rumah memanglah liat nak balik. 12 hours perjalanan naik bas dari JB-PERLIS memang menggila. Bila dalam bas tu lama sangat sampai rasa nak bunuh diri. Alhamdulillah, diri ini masih rasional. 3 weeks cuti as equal to STUDY WEEK. Gila. Tidak salah lagi, balik rumah lagi melekakan. Lupa diri. Tak ingat dunia. Buruk perangai. Hahaha. Lepas ni nak bangkang kalau study week more than 1 week. Itulah dilema orang JB yang study perlis ni. Kalau duduk Perlis lama lama mati keras. Duduk JB pula macam heaven. So, hari ni dah kena balik. Study? Entah pape. Baca sikit dah nak tidur. Kalau orang putih tu beria makan ubat tidur sebab susah nak tidur. Kita senang je. Buka buku terus bantai tidur. Buruk perangai lagi. Maka dengan itu, jalan terakhir adalah amalkan konsep redha je la kan nak dekat dekat final ni. Mak dah berbuih mulut membebel. Kalau takde mak elok je. Kes balik rumah mengada ngada lebih. Bukannya selalu dapat mak kan? Bukannya anak mak,tapi mak aku memang orang paling caring dalam dunia. Sound effect pun boleh tahan. Agaknya seronok kena membebel. Dah immune. Last few words, semoga berjayalah for becoming final exam, even usaha tu takdelah besar mana ;D
hugs and kisses

Thursday, November 18, 2010

Berdiri tegak dan perasan cantik.


Stand up for who you are. Fall for idiots that you thought he's the one. Laugh until you choked to death. Eat as much as you can even they might call you a monster. Sing like a diva in a bathroom. Sleep over eight hours because you think it is secret of youth. Lie when you think it might make others better. While you are driving, open windows and scream-out-loud. Cook for someone special even it's just maggie mee. Play hide-and-seek with kids in your neighbourhood. Chocolates will always be the best therapy when you get dumped. Lovestory isn't exist until you realized it's based on true story. Wear red shoes. Use passion-red lipstick. It is enough to have understandable person surrounds you. Don't ever forget that you are fabulous and hey! I'm Scheyra. At the age of twenty-one, I'm just a beginner ; )