Tuesday, April 12, 2011

The rarest thing on earth :)

"A guy who is not smoking, not wasting his time watching football games, talks like a mother, never raise his voice, knows how to sew, help your mom in the kitchen and loves woman very much is totally NOT A FREAK. He is just different from all the 'dumb and immature' kind out there. "
Scheyra Kora :)

Sunday, April 10, 2011

It's really really really a REAL lovestory :)

Ada mana mana perempuan reject LOVESTORY tak? Agak pelik sikit la kalau ada yang banned lovestory. (Kalau banned sebab baru putus cinta sampai tertonggeng tonggeng tu aku tak kira eh…) Even aku yang hati kering dan kurang hormon wanita secara dalaman (Izhanizam kata…) ni pun suka :) Aku susah sikit nak buat pembaziran air mata ni. Air mata terharu dan sedih ni kadang kadang je keluar. Itu pun kalau macam event event besar je. Setakat kena maki hamun, mak halau balik Perlis sebab dah tak sanggup dah nak jaga aku, tengok drama raya, baca notes kat FB yang kata cerita cinta dorang ni amat sedih (padahal takde lah sedih sangat aku baca) dan plus plus lagi.

Jadi, aku nak membuka pekung di dada (macam buruk benar je bunyi). Aku sememangnya TAKKAN suka dan terharu dan menitiskan air mata jika cerita cinta itu melibatkan makwe dan pakwe yang bercinta dan ending dia sampai part dorang kahwin dan “Happily Eva Afta” blah blah blah. Tu semua mengarut! Bullshit! Haha. Aku bukan emo. Cuma aku rasa cerita cinta tak patut ended up just like that (bagai memetik jari sambil bersiul siul kecil). Orang kahwin pun boleh bercerai berai beb. So, takdelah tak suka gila sampai menyampah menyumpah hapemende kan. Hehehe. Kesimpulannya, aku suka movie THE NOTEBOOK tu. Ha! Jangan fikir bukan bukan aku suka part yang mana eh. Sebab ending dia mati bersama sama. Ngee. Romeo and Juliet pun mati sama sama. Laila dan Majnun mati sama sama. Sape lagi ah?

Tapi…..tu semua tak real. Nah aku bagi korang baca yang ini! Ini baru real beb. Maybe korang cakap aku nie mengarut. Tapi aku lebih percaya cerita yang real macam ni. Ya lah, memang tak sama macam kat dalam movie tu, takde effect tambahan, takde menari nari dalam hujan, bercinta bawah lampu minyak tanah dan kejadah yang lain. Selamat membaca!



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua.Pasangan ini telah tinggal di dalam gua ini selama 50 tahun. Liu Guojiang, yang kettika itu berusia 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin …


Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka keranaa perbezaan usia di antara mereka dan Xu juaga sudah mempunyai beberapa orang anak….Pada ketika itu keadaan ini tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari celaan dan cacian masyarakat sekeliling, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.

Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak mempunyai apa-apa, tidak ada bekalan elektrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka

Xu selalu merasa bahawa ia telah membuat nasib Li malang kerana mencintainya dan dia berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu selalu menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usiat itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun ibunya jarang turun daripada gunung itu

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?”Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

INI BARU RARE :)

Wednesday, February 23, 2011

Angka dua dan masih bersama.

22 February 2009-22 February 2011

HB Serra!

Yeah, I am now twenty-two ;)
So, birthday present untuk tahun ney;
kedua dua belah lutut yang buruk akibat extreme bermain futsal.
Tapi tak menang pun. Haaha.
Lutut buruk tak boleh dah pakai skirt lagiee ;(
Thanx anyway kepada housemates yg bersusah payah beli kek ingat birthday saya.
Ingat tahun ni tak jumpa kek dahh ;D

Monday, February 14, 2011

Kental. Kebal. Kurus.

Akibat weekend weekend yang terlalu banyak dengan aktiviti, sekarang baru boleh nak update blog nie. Nie pun 2 weekend yang lepas punya cerita. Teruk gila aku nie.Nak dijadikan cerita,aku terr-buang tabiaat pergi join hiking dengan member member sekalian dekat Gunung Perlis tu.Dengan tanpa segan silunya akun joinlah sekali dengan niat suka suka tanpa berfikir panjang. Kitorang ramai ramai pergi Gua Burma on the first day iaitu Sabtu then Ahad pagi baru pergi hiking Gunung Perlis tu dengan ketinggian, 732.711 meter. Malas nak menaip, kasi tengok gambar jelahh terus ;)


Lihatlah, curam gila sampai terkangkang kangkang kitorang panjat ;D

See, two places at the same time. Malaysia-Thailand. Alah, macam cerita 'A Walk to Remember' tu. ;)


Lutut longgar dah hampir tercabut at last, kitorang sampai gak kat puncak! See see!



Ni luar Gua Burma.


Dalam gua. Nie tak masuk yang part extreme lagi. Lepas tu kitorang masuk celah celah batu explore dalam dalam lagi. Nak tahu cane? Lebih kurang movie 'Sanctum' tu. Cuma kitorang yang keluar gua sepuluh orang ni hidup lagi ;D


Pengalaman mendaki gunung Perlis ini memang boleh dikira tahap yang membanggakan bagi aku yang selalunya makan tidur-makan tidur nie. Hahaha. Terkejut gak body nie tetiba kena hiking tapi at last rasa wow! I did it, man! Sebab kitorang rasa aktiviti nie memang bagus daripada berpeleseran entah kemana mana kitorang plan nak buat lagi. Maybe, sem depan kitorang nak pergi Gunung Mat Cincang, Langkawi atau Gunung Jerai :)

P/S: Jangan minum air gua nanti sakit perut sebab ada tahik kelawar. Hahaha!

Thursday, February 10, 2011

Rockstar Wannabe?

Sejak terpengaruh gila menonton cerita Scott Pilgrimm Vs. The World ,
tetiba nak jadi rockstar boleh? Haha.
Seriously, daripada dulu sepatutnya dah tanam cita cita ni.
Tapi sekarang dah tua. Usia kini dah tak valid lagi nak menanam impian mengarut ni.
Sebenarnya, teringin nak jadi rockstar sebentar sebab nak nyanyi lagu 'Black Sheep' by The Clash Of The DeamonHead.
Oleh kerana susah nak upload video kerana internet yang bangang, tak dapat lah nak kongsi bersama sama.
Cerita nie mungkin bosan lah buat sesetengah manusia.
Kalau nak tahu sangat best tak lagu nie yang sampai aku dok gila gila,
pergilah search kat youtube. Kalau nak tahu lahhh ;)


Perasan kan perempuan ni?

Sunday, January 16, 2011

Kau Jantung Hatiku!

For the first time, nak join contest "KAU JANTUNG HATIKU" organized by Encik Opam. Ini semua gara gara terjebak dengan housemate, Mieja si penjoin contest blogger yang tegar ;)
Tak salahkan kalau nak menyibuk sama?

So, jomlah menyibuk bersama sama dengan klik SINI kuat kuat.
Ada hadiah, okay ;D




“Aku ingin engkau selalu,

Hadir dan temani aku,

Di setiap langkah yang meyakinimu,

Kau tercipta untuk ku.

Meski waktu akan mampu,

Memanggil seluruh ragaku,

Ku ingin kau tahu,

Ku selalu milikmu,

Yang mencintaimu sepanjang hidupku….”

*p/s: kalau rasa okay, boleh la like picture together together kat atas tu di page FACEBOOK nie

*tag semua followers lah